
Pada hari raya ketiga ketika di kampung haku dah tak dapat menahan gian untuk melabuhkan joran....apatah lagi ketika malam sebelum raya, seorang rakan memberi tahu bahawa tempat tersebut telah dihuni siakap merah, malah ada yang telah menaikkan siakap putih seberat lebih 5 kilo!!!...huh mencabar sungguh...

pada jam 5.30 petang haku bertolak dari umah...tapi haku terlupa, bahawasanya hari tersebut tetap hari raya...walaupun dah masuk raya ketiga...perjalanan yang sepatutnya memakan masa 15 minit telah menjadi 1 jam huhuhuhuhu....6.30 petang kawanku telah menunggu sambil tersengih kambing....dah gelap katanya...haku tak peduli....sempat le 20 minit memancing...langsung tak ada hasil.....biasa le...herokan..
pada raya keempat haku keluar awal...dan tiba di lokasi jam 6.15 petang..awal le sikit....tanpa membuang masa haku dan rakan terus memasang joran dan umpan seekor anak selayang segar...

tak sampai 15 minit joran rakan haku melendut...sambil bersorak..."dah kene nih...sah siakap nih" katanya... haku diam...masih berpegang pada prinsip bahawa hero akan kalah dulu...biasa la, hero mesti la kalah dulu...walaupun dialam nyata, ada gak hero yang kalah sampai sudah.....huhuhuu...rakan haku dengan bangganya mengangkat sebelah ketiak menunjukkan ikan....
Tiba-tiba joran haku pulak melendut...terasa betoi sentapannya..haku terus mengarai mesin tapi baru je memulakan aksi, tak sampai 3 minit bertarung tetiba terasa ringan....arghhhhhh tension betoi...terlucut la pulak.......rasa nak terjun je tangkap ikan tuh dengan tangan... pastu terasa gak nak gigit joran haku untuk melepaskan geram...tapi sib baik haku masih lagi waras dan terus mengabaikan keinginan tersebut.....

haku meneruskan pencarian....tetapi 20 minit berikutnya hanya anak duri yang mengacau...hari dah mula gelap....haku menamatkan sessi melepaskan gian pada hari kedua....cukup le 30 minit dengan seekor siakap merah...ni baru sessi menduga dan memang kompem ada siakap.... awas..lepas ni kalau haku balik lagi... mau 2 jam haku bertapa disitu.....