02 February 2010

Sejenak di Pantai Teluk Ketapang



30.Jan. 2010...haku berada di Terengganu...terasa ngidam plak nak makan mee goreng pok din bukit tok beng yang sangat popular ketika haku dibangku sekolah dulu...

Jam 6.20 petang haku terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak ke Kg. Bukit Tok Beng, Seberang Takir..

Tiba di kedai haku tengok jam masih pukul 6.35 petang...awal lagi...so haku terus mengikut gerak hati memecut menuju ke pantai teluk ketapang....

Tidak seperti dahuhu...Pantai Teluk Ketapang dah ramai pengunjung sekarang...ada deretan gerai bergerak menjual keropok lekor, goreng pisang dan pelbagai makanan ringan untuk santapan pengunjung....bebudak bermain layang-layang...indah sungguh suasana disini....

Pantainya tidak lagi sebersih dahulu...mungkin kerana dekat dengan kawasan pembinaan pembesaran landasan kapal terbang...ombak pula membawa sisa sampah ke tebing... plastik yang dibawa ombak bercampur dengan plastik yang dibuang pengunjung....

Pengunjung masih boleh menerima keadaan itu untuk bersantai bersama keluarga...harap ianya akan berubah seperti dahulu...bebas dari sisa buangan manusia...hanya ada kayu reput yang dibawa ombak...indah sungguh pantai ini dahulu....

Dengan senja yang mula berlabuh haku sempat merakam beberapa keping pemandangan sekitar sebelum berpalah balik ke kedai abg din untuk menikmati mee goreng tersohor di kawasan tersebut....


teringin nak main layang-layang heheheh


masih ramai bersantai...


masih cantik...


perahu yang tak digunakan lagi...




"hanya kita yang masih setia disini..." gambar last yang haku ambil sebelum beredar kerana senja dah berlabuh....

0 comments: